Jumat, 11 Januari 2013
18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA
WANITA suka bersolek dan gemar
berpakaian mendedahkan aurat
sasaran utama golongan jin untuk
dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor, Ustaz Ahmad
Dasuki Abd Rani berkata, dalam
setiap tubuh manusia ada jin dan
makhluk halus itu sentiasa
berusaha mempengaruhi kita
mengikut telunjuk mereka.
.
Pendakwah bebas lulusan
Universiti Al-Azhar itu berkata,
ramai manusia tidak menyedari
tindak-tanduk mereka sentiasa
menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat
manusia, terutama wanita yang
suka bersolek dan gemar
berpakaian mendedah aurat,”
katanya ketika membentangkan
kertas kerja berkaitan peranan jin
di Masjid Kota Damansara, Petaling
Jaya, baru-baru ini.
.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak
akan datang mengacau seseorang
itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan
berusaha memasuki tubuh orang
yang dia suka dan terus bersarang
di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih
manusia yang lemah semangat
dan tidak mempunyai pendinding
diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah
dan menjauhi Al Quran tidak lagi
mempunyai pendinding diri dan
sebab itu mudah dipengaruhi jin,”
tambahnya.
.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin
menyusup masuk ke dalam tubuh
manusia dengan berbagai cara,
antaranya diminta manusia sendiri
sama ada sedar atau tidak. Lebih
malang lagi, katanya, manusia
sendiri menggunakan khidmat jin
sebagai khadamnya untuk
melakukan pengkhianatan kepada
orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab
jin merasuk manusia, iaitu:
.
1. Apabila manusia meringankan
solat dan tidak mentaati perintah
Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat
melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik
air
4. Menangis dan merintih sebelum
tidur
5. Membuang air panas ke dalam
bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca
Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang
ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan
terlampau gembira, seperti ketawa
berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan
manusia dan anjing di dalam
rumah
13. Terdapat lambang salib pada
lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang
melekakan tanpa menyebut
kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di
antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita
hantu dan buku berunsur sihir.
.
Beliau juga memberikan beberapa
tanda manusia dirasuk jin,
antaranya sukar tidur malam, hati
berdebar-debar terutama pada
waktu senja atau perasaan resah
tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara
yang menakutkan seperti melihat
anjing hitam, kucing, ular, manusia
pelik, dibawa ke kubur atau
diusung ke tempat mengerikan
juga dikaitkan dengan gangguan
jin.
Selesema berpanjangan juga
dikaitkan dengan gangguan
makhluk halus selain malas berzikir
dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin
merasa sakit pada sesetengah
anggotanya tapi sukar dikesan
oleh doktor.
.
Lain lain tanda ialah pening
berpanjangan terutama pada
waktu senja, otak lemah, tidak
sedar diri serta telinga berdesing
atau mendengar kata-kata
suruhan tertentu.
.
wallahhualam....
Semoga bermanfaat...!
"Allahumma haqqiqna bittaqwa
wal istiqoomah...Ya ALLAH tetapkan
kuatkan hidup kami dalam
ketaqwaan dan
istiqomah...aamiin".
Barakallah Fikum klik disini
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar